Wednesday, March 30, 2011

17 Perkara Mengundang Azab Kubur

 
 
 
Disebutkan oleh Imam Ibn al-Qayyim Allah bahawa orang-orang dari kubur sedang disiksa kerana kejahilan mereka tentang Allah dan tidak melaksanakan perintah Allah SWT serta melakukan dosa, sesungguhnya azab kubur adalah sebahagian daripada azab di negeri akhirat, kesan dari murka Allah SWT dan dosa hambaNya.

Azab Allah SWT berlaku mungkin disebabkan dosa hati, mata, telinga, mulut, lidah, perut, kemaluan, tangan dan seluruh tubuh, Allah SWT murka kerana mati tanpa bertaubat.

Maka azab kubur bergantung kepada dosa dan kemurkaan Allah SWT terhadap seseorang hambaNya. Terdapat juga dosa yang akan ditambah azabnya atau dosa yang akan dikurangkan azabnya. Mereka yang berkata benar atau yang berbohong semuanya mendapat balasan daripada Allah SWT.

Amaran Allah SWT terhadap dosa-dosa tersebut terlalu banyak, antaranya ialah :

1 – Mengumpat dan memfitnah.
2 – Tidak beristbra’ (berdehem) semasa membuang air kecil.
3 – Solat tanpa membersihkan diri dengan sempurna.
4 – Berbohong.
5 – Meninggalkan solat dan meremeh-remehkannya.
6 – Tidak membayar zakat.
7 – Berzina.
8 – Mencuri.
9 – Khianat.
10 – Mencari perselisihan di kalangan umat Islam atau menabur fitnah.
11 – Makan harta riba.
12 – Tidak membela mereka yang tertindas.
13 – Minum arak.
14 – Melabuhkan pakaian melebihi paras buku lali.
15 – Membunuh.
16 – Menghina atau mencaci para sahabat.
17 – Mati semasa melakukan perkara bida’ah.

Thursday, March 17, 2011

Bicara Tentang CINTA


kadang-kadang dalam perjalanan merentasi menujuNya Yang Satu..berbagai dugaan yang menimpa....meratah keimanan kita satu persatu....kekadang rasanya tak mampu.... kadang-kadang mahu beralah.....tapi percayalah..disanalah kebahagiaan menanti...



Assalamualaikum sahabat-sahabat..

Adakah tapak tangan kita berpeluh, hati kita berdebar dan suara kita tersekat didada?
itu bukan cinta...itu suka..


Adakah kita dapat melepaskan pandangan mata padanya?
itu bukan cinta..itu nafsu..


Adakah kita mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?
itu bukan cinta..itu kemahuan...
http://2.bp.blogspot.com/-oXtPrpDKVEI/TVVr0Gnk0cI/AAAAAAAAA48/dJUwy8ZaN1g/s1600/kjimages.jpg
ambek ko...Puteri Gunung Ledang zaman milenium...

Adakah kita tetap mengatakan kita menyintainya kerana tidak ingin melukai hatinya?
itu bukan cinta..itu belas kasihan...


Adakah kita menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hati kita melompat?
itu bukan cinta..itu tergila-gila...
http://2.bp.blogspot.com/-acCPrWQSgtw/TVVruIy3GyI/AAAAAAAAA44/rVvovT0BtSQ/s1600/muslimah+tepi+laut.jpg


Adakah kita memaafkan kesalahannya kerana kita mengambil berat tentangnya?
itu bukan cinta...itu persahabatan...


Adakah kita mengatakan padanya setiap hari hanya dia yang kita fikirkan..?
itu bukan cinta..itu dusta..


Adakah kita rela memberikan semua perkara yang kita senangi untuk kepentingan dirinya..?
itu bukan cinta...itu kemurahan hati...


JADI....

http://3.bp.blogspot.com/-UYqpCzcnwHw/TVVviYYU_YI/AAAAAAAAA5Q/0cU7aMootO4/s1600/i-love-u-wallpaper.jpg

ape cinta tu....
haaa...pandai-pandaila cari sendiri....
sebelum ni ade gak di bicarakan sal cinta..persoalan cinta..

dan cinta yang telah disalah tafsirkan..
http://2.bp.blogspot.com/-f4H76J9lAV8/TVVv4czSiII/AAAAAAAAA5U/n2Q4atyEjz0/s1600/index.jpg
cinta tak bleh dimakan...
cinta tu bukan donut yerk….  macam Big Apple..
http://3.bp.blogspot.com/-RhWeEKp0oSU/TVVwMV3CL1I/AAAAAAAAA5Y/jxKN-fI5nrU/s1600/clee%3Bat.jpg
semanis cadbury..tapi manis lagi cinta yang ikhlas..
bukan cekelat..macam Cadburry tau Toblerron..
http://4.bp.blogspot.com/-g8DDQnYg564/TVVwWOMoB3I/AAAAAAAAA5c/sD5LaoSHwm0/s1600/leathercover.jpg
boleh dibawa kemana-mana...cinta??...entah~
bukan laptop tau Pc jenama Apple tau Acer..

http://1.bp.blogspot.com/-3TSbOOhOOJw/TVVwmkelpGI/AAAAAAAAA5g/p5jppxxmdhc/s1600/kete+idamangku...jpg
ohh...kete idamanku....u r da most beautiful creatures in universe...
apatah lagi kereta jenama Toyota Harrier mahupun Mecedes Benz siri ke 2...

it's something that cannot be described by word..
but neither nor..you will feel  it

http://4.bp.blogspot.com/-YQSsN4hChJY/TVVxUlJUzbI/AAAAAAAAA5k/nzb_xb_rSQM/s1600/Slide7.GIF
cannot be described by word...yeahh...sebab tu la mereka tak mampu menjaga hati dari hanyut dalam cinta..


 okla..dah la tu...
salam sayang sume..dan salam muhasabah cinta..
InsyaAllah...pada Yang Esa....Assalamualaikum...
****************************************
http://2.bp.blogspot.com/-SfIR1kMTkx8/TVVyLVDagsI/AAAAAAAAA5o/bCtaHMJfmCo/s1600/cinta-mahal.png
cinta yang mahal tak perlu dilafaz..cukupla menjadi rahsia hati antara kita dan Dia Yang Maha Menyintai..iye dop~