Sunday, October 3, 2010

Hidup dengan cara hidup pilihan

Tak tau kerjaya apa yang patut saya buat,sakit otak dah fikir,apa yang saya minat,apa hobi, apa kebolehan….tak tau juga ...
Apa nak buat? Perkara pertama yang perlu dibuat dalam proses perancangan kerjaya adalah penilaian diri .

membuat pilihan

Kumpul maklumat tentang diri sendiri dalam rangka untuk membuat suatu keputusan kerjaya. Penilaian diri harus merangkumi perkara-perkara berikut : keperluan, minat, keperibadian, dan keterampilan.
Keperluan – Hal yang paling penting untuk dipertimbangkan ketika anda memilih pekerjaan seperti pencapaian, status, dan kepuasan . Jika tidak, kemungkinan besar anda akan menyukai pekerjaan tersebut tetapi tidak berjaya kerana tidak bebas dalam pekerjaan di mana setiap tindakan ditentukan oleh orang lain.
Minat – apa yang anda sukai, iaitu bermain golf, berjalan-jalan atau berkumpul dengan teman-teman. MInat adalah proses menilai seseorang suka dan tidak suka daripada pelbagai kegiatan, benda, dan jenis orang dan mengikut data, orang yang mempunyai minat yang sama sesuai berada dalam lapangan kerjaya yang sama.
Keperibadian – sifat-sifat individu seseorang, tahap motivasi diri , keperluan, dan sikap . Cara kita bergaul, berfikir, menilai, dan perseptif dengan sesuatu persekitaran.
Keterampilan – kegiatan anda yang menonjol seperti menulis, pengaturcaraan komputer, mengajar atau kerja-kerja sukarela. Anda harus melihat pada kelebihan dan kemahiran yang dimilik serta anda menikmati apa yang anda lakukan.
Apa yang seharusnya anda lakukan adalah senarai kerjaya yang sesuai berdasarkan penilaian diri anda. Bila anda telah membuat beberapa pilihan , anda harus mulai untuk mengumpul maklumat tentang kerjaya yang akan meliputi keterangan pekerjaan, prospek dibidang tersebut , keperluan pendidikan dan latihan yang diperlukan. Selepas itu anda boleh membuat keputusan tentang apa yang diperlukan untuk mengejar kerjaya tersebut.
Ketika melalui proses penilaian diri sangatlah penting untuk mempertimbangkan hal-hal lain yang akan mempengaruhi pilihan kerjaya anda. Misalnya, anda harus mempertimbangkan tanggung jawab keluarga anda dan kemampuan anda untuk membayar pendidikan atau latihan.
Anda juga harus ingat bahawa penilaian diri adalah langkah pertama dalam proses perancangan kerjaya. Setelah menyelesaikan tahap ini, anda perlu pergi ketahap yang berikutnya, iaitu menerokai pilihan anda sebelum membuat pilihan untuk menentukan apakah ianya sesuai.

 ROLLING STONES GATHER NO MOSS

No comments:

Post a Comment