Wednesday, September 15, 2010

Bersederhana dalam setiap tindakan

     Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.
(Luqman:19)

Huraian

    Sikap bersederhana dalam segala hal sangat dituntut dalam Islam.  Sikap ini perlu diterpkan dalam segenap aspek kehidupan.
    Konsep sederhana dalam Islam haruslah meliputi akidah, ibadah akhlak, hubungan antara manusia dan segala sesuatu yang menyentuh persoalan hidup di dunia.
    Dalam ayat di atas Allah berfirman agar manusia bersederhana ketika berjalan dan berkata-kata.  Secara umumnya maksud sederhana ketika berjalan dan berkata-kata boleh difahami sebagai berjalan dalam keadaan yang berakhlak dan tidak berlebih-lebihan sama ada untuk menarik perhatian orang lain ataupun untuk menunjukkan kehebatan kerana perbuatan sedemikian boleh menimbulkan perasaan riak dalam diri.
    Oleh itu untuk mengelakkan sifat-sifat mazmumah itu, umat Islam perlu menerapkan dalam diri sikap bersederhana dalam segala hal dan tindakan yang dilakukan dan dua perkara di atas merupakan satu contoh perbuatan yang perlu dielakkan dan memberi bandingan yang buruk yang seharusnya dijauhi oleh umat Islam.
    Sebagai umat Islam juga kita harus menjiwai sifat kesderhanaan.  Kita harus bijaksana dalam memenuhi keperluan hidup.  Melalui sikap tersebut kitadapat mengetahui dengan pasti perkara-perkara yang lebih memerlukan perhatian dan tumpuan masa, tenaga ataupun wang.
     Tanpa mengetahui dengan pasti perkara-perkara yang harus didahulukan maka kita akan lebih cenderung untuk mengikut hawa nafsu sehingga mengakibatkan kita gagal di dalam mengimbanngi urusan kehidupan.

Kesimpulan
     Amalan bersederhana mampu menyuntik satu kedamaian yang boleh menjadikan kita hidup dengan tenang dan saling hidup berharmoni kerana sikap sederhana menjadi benteng kepada sikap takbur dan riak serta memandu kita membuat pilihan  yang bijak dengan mengenepikann tindakan yang mengikut hawa nafsu.

No comments:

Post a Comment