Friday, September 3, 2010

DOA

ALLAH memberikan hak istimewa kepada golongan tertentu.  Doa mereka takkan terhijab malah mustajab.
1. Doa ibu bapa kepada anak-anaknya.  Nabi s.a.w.bersabda yang bermaksud: "Tiga doa yang pasti dimakbul Allah, iaitu doa seorang bapa (dan ibu), doa orang yang bermusafir dan doa orang yang dizalimi"(Riwayat Abu Daud no. 1536, al Tirmizi no.3448 dan Ibn Majah no.3862)

2. Doa anak soleh yang mentaati kedua-dua ibu bapa. Rasulullah s.a.w. bersabda tentang Uwais bin 'Amir: "Dia memiliki ibu yang sangat ditaatinya. Jika dia berdoa pasti Allah s.w.t. akan memakbulkannya." (Riwayat Muslim no.2543 dan Ahmad no.2025)

3. Orang yang teraniaya  atau mereka yang berada di dalam kesusahan.  Allah berfrman yang bermaksud: "Atausiapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya,dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakkah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah.  Amat sedikit antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu.)" (Surah al-Naml 27:62)

Berkenaan mustajab doa orang yang dizalimi pula, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi kerana tiadalah sesuatu penghalang antara doanya itu dengan Allah s.w.t." (  Riwayat al-Bukhari no. 1395


4.  Doa seorang sahabat yang mendoakan sahabat  dalam keadaan sahabat itu tidak tahu bahawa dia didoakan. Ummu Darda' r.h.a.meeriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Tiada seorang Muslim pun yang berdoa untuk saudaranya dari belakang, melainkan malaikat berkata kepadanya: "Dan bagi kamu seperti yang kamu pinta untuk saudaramu" (Riwayat Muslim no.2732)


5. Doa orang yang sedang dalam musafir.


6.  Doa orsng yang berpuasa hingga berbuka. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: " Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka iaitu doa seorang yang berpuasa hingga ia berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi." (Riwayat al Tarmizi no. 3598 dan Ibn Majah no. 1752)

7. Doa pemimpin yang adil untuk orang di bawahnya.

No comments:

Post a Comment