Friday, September 3, 2010

Hubungan Erat Sesama Manusia

Binalah hubungan yang baik dan mesra dengan orang lain di sekitar kita.  Perubahan yang kita cita-citakan kadangkala mampu direalisasikan dengan bantuan mereka yang ada disekeliling kita..  Malah cita-cita kita juga mungkin akan terkubur  sekiranya tidak mampu membina hubungan yang baik dengan rakan-rakan, saudara mara dan sesiapa jua.  Kita manusia normal ynag perlu hidup dalam jaringan soaial dan saling memerlukan antara satu sama lain.
HORMAT ORANG LAIN - satu sikap atau amalan mulia.  Orang yang hebat ialah orang yang mampu menundukkan perasaan ego semata-mata untuk menghormati orang lain hanya kerana Allah.
LUASKAN PERSAHABATAN - Warnailah kehidupan yang sejahtera dengan pelbagai jenis kawan yang terdiri dari pelbagai bangsa, agama dan warna kulit.
DAKWAH DAN RAMAI KENALAN - seperti  pesanan Al-Syahid Imam Hassan al-Banna, 'berkenalanlah dengan setiap insan yang saudara  bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara berkenalan, kerana asas dakwah kita adalah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
POSITIF DAN BERBAIK SANGKA - Bersangka baik perlu sesama manusia dan amat perlu bagi umat Islam bersangka baik terhadap Allah..  Hidup ini tidak mudah sebagaimana yang disangka.  Hidup sentiasa diwarnai dengan tangisan dan air mata.  Manusia tidak akan dapat melepaskan diri daripada musibah yang melanda.  Orang yang mendakwa tidak pernah mengalami masalah sebenarnya merekalah yang paling bermasalah.
Jika kita perlu bercakap, maka bercakaplah dengan yakin dan mantap.  Usah bercakap perkara yang negatif dan tidak berfaedah kerana ia tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada orang lain.  Bercakaplah dengan benar dan aturlah kata-kata agar tidak melukai mana-mana pihak.
Harus diingat, manusia tidak mampu berjaya menerobos  sempadan diri andai hidup berkelompok tetapi tidak menjaga hubungan dengan  sesama manusia 
.

No comments:

Post a Comment