Thursday, September 2, 2010

Berubatlah dengan Solat

    Sesiapa yang hendak berubat dari kelesuan, kebodohan, kemalasan dan kelemahan hendaklah berubat dengan menunaikan solat.  Sesiapa  yang  hendak berubat daripada perasaan cemas, gelisah, takut, ketegangan saraf, rasa bimbang kepada perkara-perkara yang ditakuti berlaku, maka hendaklah dia berubat dengan menunaikan solat.

    sesungguhnya solat merupakan ubat yang mujarab bagi segala penyakit rohani dan jasmani.  Apabila sesorang itu berwuduk, kemudian menunaikan solat maka sebenarnya ia telah mendirikan benteng yang melindunginya daripada pelbagai penyakit jiwa, ketakutan dan kekacauan fikiran.

No comments:

Post a Comment