Tuesday, September 14, 2010

SOLAT CEGAH KEMUNGKARAN

     WAHAI anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, dan laranglah daripada melakukan perbuatan mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu.  Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.
(Luqman:17)

Huraian

     Akidah yang telah mantap dalam hati seseorang perlu disuburkan lagi dengan pelaksanaan syariat Islam.  Solat adalah perhubungan dengan Allah dan seseorang itu tentulah merasa malu untuk menemui Allah dengan membawa dosa-dosa besar dan kejahatan. Solat adalah pembersihan dan pengampunan diri yang tulus kepada Allah.
     Ayat ini memperincikan peranan dan tanggungjawab  utama seorang bapa dalam mendidik anak-anak iaitu dengan mengukuhkan akidah yang mantap.  Disamping itu, suruhan untuk menunaikan solat adalah sangat penting dititikberatkan semasa anak-anak masih kecil lagi agar mereka dapat melatih diri untuk memanifestasikan pengabdian diri kepada Allah SWT.
     Solat juga merupakan benteng utama seseorang daripada hati dan melakukan maksiat dan kemungkaran.  Seseorang bapa juga wajib menasihati dan memberi bimbingan agama secukupnya dengan menyuruh kepada kabikan dan melarang daripada meakukan kemungkaran.
     Dengan kata lain, usaha dakwah perlu dimulakan dalam institusi kelauargaan sebelum dikembangkan kepada masyarakat.  Dalam melaksanakan ibadah dan dakwah ini, kesabaran adalah sangat penting bagi memastikan kesempurnaan dan kejayaannya.
    Ini adalah kerana usaha dakwah adalah sangat mencabar dan bukan mudah untuk dilaksanakan tanpa persediaan diri dan strategi yang mantap.

Kesimpulan
      Solat merupakan tiang agama yang wajib dilaksanakan oleh setiap umat Islam dan  merupakan ibadah yang pertama akan dihisab di akhirat kelak.   Kesabaran adalah kunci utama yang dapat menyumbang kepada kesempurnaan ibadah dan dakwah dan bukti pengabdian kepada Allah. 

No comments:

Post a Comment